Pages

Bismillahir Rahmanir Rahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ya Allah Ya Tuhanku

Hidupkanlah hatiku dengan cintaMu, dan jadikanlah aku bagiMu seperti apa yang Engkau cintai.

Dan sesungguhnya

Solat itu amatlah berat kecuali kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. [2:45]

Lailahailallah , Muhammadarrasulullah

Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Alhamdulillah

Segala Puji Hanya Bagi Allah.

Wednesday 24 October 2012

Kelebihan Masjid

Allah SWT berfirman yang bermaksud :
"Hanya orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari Kiamat sahajalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah."
(At-Taubah : 18)

Rasulullah SAW bersabda, maksudnya :
"Barangsiapa demi keredhaan Allah, membangunkan sebuah masjid, walaupun seluas sarang burung merpati, nescaya Allah akan membina untuknya istana di syurga."
(HR : Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

"Orang yang membiasakan dirinya duduk dalam masjid, Allah akan memberi perlindungan kepadanya."
(HR : Tabarani)

"Apabila seseorang masuk masjid sebelum duduk hendaklah solat dua rakaat."
(HR : Ahmad, Bukhari dan lain-lain)

"Tiada (sempurna) solat bagi orang yang tinggal berdekatan dengan masjid, melainkan solat di masjid."
(HR : Daraqutni)

"Malaikat berselawat (minta ampun dan rahmat) bagi setiap orang yang selesai solat dan masih di tempat solatnya itu. Para malaikat berdoa: "Ya Allah, berikanlah kepadanya rahmat dan keampunan-Mu," begitulah tidak berhenti selama orang itu tidak batal wuduk atau orang itu keluar dari masjid."
(HR : Bukhari)

"Akan tiba suatu masa, ramai yang datang ke masjid bercakap-cakap tentang urusan dunia janganlah kamu duduk bersama mereka sebab Allah SWT tidak suka melihat ke arah mereka."
(HR : Ibnu Hibba dan Al-Hakim)

Allah SWT berfirman dalam beberapa Kitab suci-Nya yang bermaksud:
"Rumah-rumahKu di bumi ini ialah masjid-masjid. Orang-orang yang mengunjungiKu adalah mereka yang memakmurkannya. Alangkah bahagianya seorang hamba bersuci di rumahnya, lalu mengunjungiKu di rumahKu. Sungguh, wajib atas sesiapa yang dikunjunginya untuk memuliakan orang orang yang mengunjunginya."
(HR : Abu Nua'im)

"Bila kamu melihat seseorang yang selalu duduk dan berkunjung ke masjid-masjid, lihatlah orang itu sebagai manusia yang beriman."
(HR : Tirmizi, Ibnu Majah dan Al-Hakim)

Said  bin Musaiyab berkata:
"Orang yang duduk di masjid seolah-olah duduk bersama Tuhannya. Maka tidaklah patut bercakap perkara yang tidak baik."

Telah diriwayatkan iaitu riwayat dalam bentuk asal (khabar),
"Berbual di masjid, melahap pahala perbuatan-perbuatan baik, seperti haiwan ternakan melahap rumput-rumpai."

Anas bin Malik berkata:
"Orang yang menerangi masjid dengan sebuah lampu, maka para Malaikat dan para pemikul Arsy akan memohon ampunan baginya, selama lampu itu menerangi masjid."

Ali bin Abi Talib ra. berkata:
"Apabila seorang hamba Allah meninggal dunia, tempat solatnya di bumi dan tempat amalannya akan mendaki di langit dan menangisi pemergiannya."

Kemudian Ali ra. membaca firman Allah SWT yang bermaksud:
"Maka langit dan bukit tidak menangisi mereka (iaitu orang-orang derhaka) dan merekapun tidak diberi tempoh (tangguh)."
(Ad-Dukhaan)

Tentang hal tersebut Ibnu Abbas berkata:  
"Bumi akan menangisi pemergiannya selama empat puluh hari."

Asaq Al-Khurasani berkata: 
"Seseorang yang pernah bersujud kepada Allah satu kali sujud di atas suatu tempat di bumi ini, tempat itu akan bersaksi untuknya pada hari kiamat, dan menangis pada hari dia meninggal dunia."

Anas bin Malik berkata:
" Bahagian tanah yang digunakan oleh seseorang untuk mengingati Allah dengan zikir atau solat di atasnya, menjadikan tanah itu merasa bangga atas bahagian-bahagian lain di bumi sekitarnya juga bahagian tanah itu sangat suka zikir yang ditujukan kepada Allah yang dilakukan di atasnya sampai lapis bumi yang ke tujuh. Apabila seseorang berdiri untuk solat, bahagian tanah itu akan berhias untuknya."

Telah dikatakan pula, orang-orang yang menetap di suatu tempat, sesungguhnya tempat itu memohonkan keampunan bagi para penghuninya ataupun melaknat mereka. (Maksudnya bergantung pada amalan yang dilakukan, sama ada taat kepada Allah atau melakukan maksiat kepada Allah SWT.)

Wallahualam..