Pages

Bismillahir Rahmanir Rahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ya Allah Ya Tuhanku

Hidupkanlah hatiku dengan cintaMu, dan jadikanlah aku bagiMu seperti apa yang Engkau cintai.

Dan sesungguhnya

Solat itu amatlah berat kecuali kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. [2:45]

Lailahailallah , Muhammadarrasulullah

Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Alhamdulillah

Segala Puji Hanya Bagi Allah.

Friday 3 August 2012

Fadhilat dan Khasiat Surah Al-Ikhlas

Kalau ditinjau dari urutan surah-surah dalam Al-Quran, surah Al-Ikhlas jatuh pada urutan yang ke 112. Maksud surah ini ialah "tauhid sebersih-bersihnya". Surah ini mempunyai banyak rahsia dan khasiat yang banyak yang perlu anda ketahui supaya dapat anda amalkan.

Menurut sebuah hadis Nabi saw bahawa orang yang membaca surah Al-Ikhlas sekali sama pahalanya dengan membaca sepertiga Al-Quran.

Surah ini lebih menjurus untuk memperkatakan iman dan tauhid kepada Allah swt. Keistimewaannya ialah kerana ia memperkatakan perkara yang besar dan agung. Apakah ada yang lebih besar dan penting dari memperkatakan keesaan dan kebesaran Allah.?










Ertinya : "Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad), Allah adalah esa. Allah tempat meminta. Tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dia tidak ada sekutu walau seorang(sesuatu) apapun.



Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, yang ertinya :"Siapa yang membaca Surah Al-Ikhlas sekali seolah-olah ia telah membaca sepertiga daripada Al-Quran. Dan siapa yang membacanya 2 kali seolah-olah ia telah membaca dua pertiga daripada Al-Quran. Dan siapa yang membacanya 3 kali seolah-olah telah membaca seluruh Al-Quran. Dan sesiapa yang membacanya 11 kali, Allah akan membina mahligai baginya di dalam syurga yang diperbuat daripada yaqut yang merah."

Manakala menurut hadis yang lain yang diriwayatkan menerusi Aisyah r.a, katanya : " Janganlah kamu tidur sebelum melakukan empat perkara : yakni mengkhatam Al-Quran, menjadikan para Nabi sebagai penolong kamu pada hari kiamat, membuat umat Islam suka kepada kamu dan mengerjakan ibadah haji dan umrah." Sebaik sahaja Nabi SAW selesai mengatakan yang demikian, baginda terus masuk sedangkan Aisyah masih berada di tempat tidur sehingga Nabi SAW menyelesaikan sembahyang. Susudah selesai sembahyang, Aisyah segera bertanya, "Ya Rasulullah, mengapa engkau menyuruh mengamalkan empat perkara sedangkan aku tidak sanggup melakukannya pada masa yang singkat seperti itu?" Baginda tersenyum lalu berkata : "Jika engkau membaca surah Al-Ikhlas 3 kali, maka samalah halnya dengan mengkhatam Al-Quran; Jika engkau berselawat kepadaku dan kepada para nabi sebelumku, samalah dengan menjadikan kami syafaat bagimu pada hari kiamat nanti; dan jika engkau meminta ampun bagi orang-orang yang beriman seluruhnya, samalah engkau dengan menjadikan mereka suka kepadamu; Dan jika engkau berzikir dengan zikir : Subbahallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah, Wallahuakhbar bermakna engkau telah mengerjakan ibadah haji dan umrah.

Diriwayatkan pula dari Ali bin Abi Talib kw, katanya ; "Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas 10 kali selepas solat Subuh, maka ia tidak akan tergelincir, sekalipun syaitan memperdayakannya dengan sungguh-sungguh."

Sebuah hadis yang diriwayatkan menerusi Ibnu Abbas r.a katanya ; "Aku takut terhadap seksa yang menimpa umatku di siang dan malam hari. Selepas itu malaikat Jibrail datang kepadaku membawa surah Al-Ikhlas. Lalu aku pun tahu dan tidak terlalu khuatir lagi bahawa Allah SWT tidak akan menyiksa umatku, sesudah surah ini diturunkan, sebab ia dibangsakan kepada Allah SWT. Sesiapa yang terbiasa membaca surah ini secara wirid (istiqamah)maka ia mendapat kebaikan yang banyak dari langit, maka tenteramlah jiwanya kerana rahmat sentiasa mengelilinginya. Orang yang membacanya akan diampunkan Allah dosanya, dan Dia tidak akan menyiksa orang itu lagi, dan setiap permohonan hamba kepada Allah pasti akan dikabulkannya sejak saat itu."

Wallahu'alam bishowab..

Wednesday 1 August 2012

Rukun Iman

Rukun Iman ada 6 perkara : 

1. Beriman Kepada Allah swt. 

Beriman kepada Allah s.w.t merupakan Rukun Iman yang pertama, yang menjadi dasar keimanan seseorang itu. Beriman kepada Allah s.w.t beerti wajib mempercayai Allah s.w.t itu ada, Ia Maha Berkuasa, Maha Mencipat dan Maha Mengetahui segala apa yang ada di langit, di udara, di muka bumi dan juga di lautan. Dia adalah Maha Esa, yakni tunggal dan tidak menyerupai dan tidak diserupai oleh sesuatu.
Seperti firman-Nya yang bermaksud :
"Katakanlah wahai Muhammad, bahawa Allah itu satu. Allah tempat segala makhluk bergantung. Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak sesiapapun yang setara atau seumpama dengan Allah."
(Surah al-Ikhlas 1 - 4)


2. Beriman Kepada Nabi dan Rasul.

Beriman kepada malaikat bererti wajib bagi setiap orang Islam mengetahui bahawa malaikat adalah makhluk yang Allah s.w.t jadikan daripada cahaya dan boleh berupa berbagai bentuk, tidak bersifat seperti sifat manusia. Malaikat juga menjalankan perintah Allah s.w.t dengan taat dan patuh. Jumlah malaikat adalah terlalu banyak dan kita sebagai umat Islam wajib mengetahui 10 daripadanya.

  • Jibril        -   Menyampaikan wahyu 
  • Raqib      -   Mencatat amalan keburukan
  • Atib         -   Mencatat amalan kebaikan
  • Izrael       -   Mengambil nyawa
  • Mikael     -   Menurunkan rezeki
  • Israfil       -   Meniup sangkakala
  • Mungkar  -   Menyoal orang mati
  • Nankir     -   Menyoal orang mati
  • Malik       -   Menjaga neraka
  • Ridzuan   -   Menjaga syurga
3. Beriman Kepada Rasul

Bagi orang Islam wajiblah yakin dan percaya bahawa Allah s.w.t telah mengutuskan para Rasul dan Nabi kepada manusia di dunia ini bagi menunjukkan jalan ke arah kebenaran dan kebahagian di dunia dan di akhirat. Jumlah Nabi dan Rasul yang wajib diketahui adalah seramai 25 orang.

1. Adam as   2. Idris as   3. Nuh as   4. Hud as   5. Shaleh as   6. Ibrahim as   7. Luth as   8. Ismail as
9. Ishaq as   10. Ya'kub as   11. Yusuf as   12. Ayyub as   13. Syu'ib as   14. Musa as   15. Harun as
16. Zulkifli as   17. Daud as   18. Sulaiman as   19. Ilyas as   20. Ilyasa as   21. Yunus as   22. Zakaria as
23. Yahya as   24. Isa as  25. Muhammad saw 

Nabi Dan Rasul Ulul 'Azmi adalah nabi dan rasul yang banyak mendapat musibah/ujian dari Allah swt dan mereka tetap bersabar menghadapinya. Nabi dan Rasul Ulul'azmi ada 5 iaitu : Nabi Nuh as, Nabi Ibrahim as, Nabi Musa as, Nabi Isa as dan Nabi Muhammad saw.
 
4. Beriman Kepada Kitab

Beriman kepada kitab Allah bererti kita wajib beriktikad dan yakin dengan sebenar-benarnya bahawa sesungguhnya Allah s.w.t mempunya beberapa kitab suci yang merupakan firman Allah s.w.t yang hakiki. Diturunkan melalui wahyu yang disampaikan melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. Sejak Zaman Nabi Adam a.s sehinnga kepada Nabi Muhammad s.a.w, jumlah kitab suci yang diturunkan adalah sebanyak 104 iaitu 100 buah suhuf dan 4 buah kitab suci.
Senarai kitab dan penerimanya :
  1. Taurat - Nabi Musa a.s
  2. Zabur - Nabi Daud a.s
  3. Injil - Nabi Isa a.s
  4. Al-Quran - Nabi Muhammad s.a.w 
 
Nabi-nabi yang menerima suhuf :
  1. Nabi Syits - 50 suhuf
  2. Nabi Idris - 30 suhuf
  3. Nabi Ibrahim - 10 suhuf
  4. Nabi Musa - 10 suhuf
 
Al-Quran merupakan penutup segala kitab. Diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Tidak akan ada lagi kitab suci lain selepas Al-Quran.

5.  Beriman Kepada Hari Kiamat

 
Percaya kepada hari akhirat ialah kita wajib beriktikad dan meyakini bahawa akan adanya hari akhirat atau hari kiamat (pembalasan) di mana pada hari itu semua manusia akan dibangunkan kembali di padang Mahsyar untuk menerima hukuman berdasarkan segala amal perbuatan mereka semasa mereka hidup di muka bumi Allah s.w.t ini.

Tanda-tanda kecil akan kedatangan hari akhirat :
  1. Sedikit orang alim dan banyak orang jahil.
  2. Perempuan lebih ramai daripada lelaki.
  3. Urusan agama ditakbir oleh orang yang bukan ahli.
  4. pelacuran dan maksiat berlaku dengan meluas.
  5. Minum arak dan benda yang memabukkan menjadi kebanggaan.
  6. Orang miskin menjadi kaya, membina bangunan dan gedung tinggi mencakar langit.
  7. Banyak berlaku gerak gempa. 
 
Tanda-tanda besar :
  1. Keluar dajjal merosakkan agama.
  2. Keluar binatang yang dipanggil Dabbatul Ard merosakkan manusia.
  3. Keluar Yakjuj dan Makjuj.
  4. Hilangnya al-Quran dari mashafnya.
  5. Terbit matahari dari sebelah barat. 

 6. Beriman Kepada Qada dan Qadar

Beriman kepada qada dan qadar disebut juga sebagai percaya kepada takdir. Iaitu seseorang itu mesti yakin dan percaya bahawa segala yang berlaku dalam alam ini semuanya ketentuan dan ketetapan Allah s.w.t.
Erti Qadar :
Ketentuan yang mesti berlaku atas tiap-tiap makhluk, sesuai dengan batas-batas yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t sejak azali lagi sama ada yang baik atau buruk.
 
Qadar ada dua jenis iaitu :
  1. Berupa aturan atau perjalanan alam ini.
  2. Berupa untung nasib yang menimpa manusia dan makhluk lain.
 
Erti Qada :
Ialah pelaksanaan Allah s.w.t terhadap apa yang telah ditetapkan sejak azali lagi.


PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN
  1. Mensyirikkan Allah s.w.t, iaitu menduakan Allah dengan yang lain serta bertawakkal dan bergantung kepada yang lain selain daripada Allah s.w.t seperti menyembah berhala.
  2. Menafikan segala nikmat sama ada yang nampak atau tidak nampak adalah kurnian daripada Allah s.w.t ataupun ciptaan Allah s.w.t.
  3. Melakukan perbuatan yang dilakukan dalam amalam keagamaan lain, yang bertentangan dengan ajaran Islam.
  4. Mengubah hukum Allah s.w.t iaitu, menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
  5. Menolak atau mengubah al-Quran dan hadis. Yakni tidak mahu beiman kepada Nas al-Quran dan sunnah ataupun ingkar terhadap perintah Allah s.w.t dan menafikan kebenaran Islam.