Pages

Tuesday 30 April 2013

Orang yang Munafik Menurut Al-Quran dan Sunnah

50 Tanda-tanda Orang Munafik Menurut Al-Qur’an & Sunnah


  1. Malas beribadah kepada Allah swt
  2. Lupa kepada Allah swt
  3. Melalaikan solat fardhu
  4. Mempercepatkan mengerja solat fardhu
  5. Gemar meninggalkan solat berjemaah
  6. Meninggalkan solat Jumaat
  7. Melakukan dosa dan kemungkaran secara sembunyi
  8. Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf
  9. Menyembunyikan ilmu pengetahuan
  10. Mengamalkan riak
  11. Hasad dengki
  12. Dusta
  13. Mungkir janji
  14. Bakhil
  15. Fitnah
  16. Mencaci maki
  17. Mengumpat
  18. Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya
  19. Mengingkari takdir Allah swt
  20. Mempersendakan kesucian agama
  21. Enggan berjihad ke jalan Allah
  22. Menghina sahabat Nabi saw
  23. Menyembunyi persaksian pada jalan yang benar
  24. Menangguh pembayaran hutang
  25. Menipu dalam jual beli
  26. Ghasab (mengambil tanah orang lain tanpa hak)
  27. Bergaul dengan orang yang memperolokkan Al-Quran
  28. Memakan harta anak yatim
  29. Membuka rahsia orang lain
  30. Berasa aman daripada murka Allah swt apabila melakukan dosa
  31. Memanggil orang lain dengan gelaran yang buruk yang tidak disukai
  32. Menghalang orang lain daripad mengamalkan ajaran Islam
  33. Suka pada kesesatan dan menyesatkan orang
  34. Bermuka dua
  35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya
  36. Sombong di antara sesama manusia
  37. Suka membantah dan bertengkar sesama muslim
  38. Melampaui batas yang digariskan oleh Allah swt
  39. Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup
  40. Membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah swt
  41. Keluh kesah apabila ditimpa musibah
  42. Mengkhianati sesuatu amanah
  43. Memutuskan silaturrahim
  44. Memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin
  45. Menghalalkan perkara yang haram
  46. Membuat kerosakan di bumi
  47. Menuduh orang yang beriman bodoh
  48. Mengubah dan menyalahgunakan ayat-ayat Allah swt
  49. Bersumpah selain nama Allah swt
  50. Berasa gembira apabila misibah menimpa orang yang beriman



0 comments:

Post a Comment