Pages

Bismillahir Rahmanir Rahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ya Allah Ya Tuhanku

Hidupkanlah hatiku dengan cintaMu, dan jadikanlah aku bagiMu seperti apa yang Engkau cintai.

Dan sesungguhnya

Solat itu amatlah berat kecuali kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. [2:45]

Lailahailallah , Muhammadarrasulullah

Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Alhamdulillah

Segala Puji Hanya Bagi Allah.

Tuesday 31 July 2012

Rukun Islam

Rukun Islam mempunyai 5 perkara dan Allah swt memerintahkan kita supaya mematuhinya. 5 rukun tersebut ialah :
  1. Mengucap 2 kalimah syahadah  
  2. Menunaikan solat fardhu 5 waktu
  3. Berpuasa di bulan Ramadhan
  4. Membayar zakat - Zakat Fitrah dan Zakat Harta
  5. Menunaikan Haji di Mekah bagi mereka yang mampu

Saturday 28 July 2012

Bismillahir Rahmanir Rahim

Bismillahir rahmanir rahim

 

               "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang".

Bismillah - Perkataan yang indah ini adalah satu peringatan indah tentang hubungan kita dengan Pencipta dan hubungan kita kepada semua penciptaan. 

Dimulakan dengan Bismillah. Setiap daripada kita akan diberi ganjaran mengikut apa yang ada dalam hati kita dan bagaimana kita bertindak di dunia. Mereka yang benar-benar mendedikasikan setiap langkah kehidupan kepada kemuliaan dan perkhidmatan yang Esa Maha hadir akan menerima ganjaran mereka dengan adil ... keamanan, kasih sayang dan kecantikan. Dan sekiranya mereka yang mengatakan perkataan ini dengan pemikiran sendiri, membesarkan diri, atau untuk keuntungan diri sendiri akan menerima ganjaran mereka dengan adil ... penderitaan, kesakitan dan kekeliruan.  

Bismmillahir Rahmanir Rahim adalah benar-benar perkataan yang ideal untuk diluahkan dari hati, yang ideal untuk diungkapkan dengan penuh keikhlasan, yang ideal membawa kita ke arah tujuan yang suci iaitu tujuan kita yang telah diberikan kehidupan oleh Allah swt
.
 
Apa jua yang kita lakukan, setiap langkah yang kita ambil, setiap nafas yang kita hirup adalah dilakukan kerana Allah swt dan adalah melalui Dialah yang telah mencipta kita. Bukan kita yang melakukan kerja, bukan kita yang membuat sesuatu peluang muncul, bukan kita yang menghasilkan rezeki dari setiap tindakan. Dialah yang Maha Berkuasa. Allah swt telah memberikan kita kehidupan dan telah memberikan kita keupayaan untuk bergerak,berfikir dan berperasaan, jadi bergantunglah sepenuhnya kepada Pencipta yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. 

Ucapkanlah bismillah dengan rendah diri dan ikhlas dari hati untuk memohon petunjuk dan keredhaan Allah swt. Ucapkanlah dalam setiap apa juga perkara yang ingin kita lakukan. Bahkan hadis ada menyebut, " Setiap perkara-perkara yang baik, kalau tidak dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim maka terputuslah berkatNya ".

Wallahualam bissawab..
Renung-renungkanlah dan selamat beramal