Pages

Bismillahir Rahmanir Rahim

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Ya Allah Ya Tuhanku

Hidupkanlah hatiku dengan cintaMu, dan jadikanlah aku bagiMu seperti apa yang Engkau cintai.

Dan sesungguhnya

Solat itu amatlah berat kecuali kecuali kepada orang-orang yang khusyuk. [2:45]

Lailahailallah , Muhammadarrasulullah

Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Alhamdulillah

Segala Puji Hanya Bagi Allah.

Tuesday 30 April 2013

Orang yang Munafik Menurut Al-Quran dan Sunnah

50 Tanda-tanda Orang Munafik Menurut Al-Qur’an & Sunnah


  1. Malas beribadah kepada Allah swt
  2. Lupa kepada Allah swt
  3. Melalaikan solat fardhu
  4. Mempercepatkan mengerja solat fardhu
  5. Gemar meninggalkan solat berjemaah
  6. Meninggalkan solat Jumaat
  7. Melakukan dosa dan kemungkaran secara sembunyi
  8. Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf
  9. Menyembunyikan ilmu pengetahuan
  10. Mengamalkan riak
  11. Hasad dengki
  12. Dusta
  13. Mungkir janji
  14. Bakhil
  15. Fitnah
  16. Mencaci maki
  17. Mengumpat
  18. Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya
  19. Mengingkari takdir Allah swt
  20. Mempersendakan kesucian agama
  21. Enggan berjihad ke jalan Allah
  22. Menghina sahabat Nabi saw
  23. Menyembunyi persaksian pada jalan yang benar
  24. Menangguh pembayaran hutang
  25. Menipu dalam jual beli
  26. Ghasab (mengambil tanah orang lain tanpa hak)
  27. Bergaul dengan orang yang memperolokkan Al-Quran
  28. Memakan harta anak yatim
  29. Membuka rahsia orang lain
  30. Berasa aman daripada murka Allah swt apabila melakukan dosa
  31. Memanggil orang lain dengan gelaran yang buruk yang tidak disukai
  32. Menghalang orang lain daripad mengamalkan ajaran Islam
  33. Suka pada kesesatan dan menyesatkan orang
  34. Bermuka dua
  35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya
  36. Sombong di antara sesama manusia
  37. Suka membantah dan bertengkar sesama muslim
  38. Melampaui batas yang digariskan oleh Allah swt
  39. Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup
  40. Membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah swt
  41. Keluh kesah apabila ditimpa musibah
  42. Mengkhianati sesuatu amanah
  43. Memutuskan silaturrahim
  44. Memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin
  45. Menghalalkan perkara yang haram
  46. Membuat kerosakan di bumi
  47. Menuduh orang yang beriman bodoh
  48. Mengubah dan menyalahgunakan ayat-ayat Allah swt
  49. Bersumpah selain nama Allah swt
  50. Berasa gembira apabila misibah menimpa orang yang beriman



Perkara Yang Membatalkan Iman

Iman bermaksud dari segi bahasanya ialah percaya. Dan dari segi istilahnya, membenarkan di hati , mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota. Iman penting dalam kehidupan seorang muslim untuk membentuk insan muslim sejati dan supaya beristiqamah dalam ibadat. Seterusnya iman penting untuk melahirkan generasi berakhlak mulia.

Perkara yang merosakkan dan membatalkan iman ialah :

  1. Syirik
  2. Kufur
  3. Riddah(Murtad)
  4. Khurafat 
  5. Sihir
  6. Nifak(Munafik)
Untuk mengelakkan daripada terbatalnya iman kita, marilah kita menimba ilmu dengan berpegang teguh pada ajaran Allah berpandukan Al-Quran dan Sunnah. Sebagai seorang muslim, kita wajib mematuhi segala perintahNya dan meninggalkan laranganNya. Mudah-mudahan Allah swt memberi jalan, petunjuk dan hidayah dalam menempuhi kehidupan yang semakin hari semakin mudah menggoyah iman kita. 






Wednesday 10 April 2013

Kun Faya Kun


Apabila Allah SWT berkehendak dan menghendakinya, dan apabila Dia telah menetapkan sesuatu maka terjadilah ia. Di dalam Al-Quran, terdapat beberapa ayat 'Kun faya kun' dan Dia berfirman : "Jadilah, maka jadilah ia. Maka kita sebagai hamba yang beriman kepadaNya, yang beriman kepada Al-Quran dan yang beriman kepada Qada dan Qadar, yakinlah akan kekuasaan dan kebesaranNya yang menghendaki sesuatu kepada kita. Dia lah yang menentukan segala-galanya. 

Firman Allah swt dalam Al-Quran :


Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah! Maka jadilah ia."
Al Baqarah:117


Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya: "kun (jadilah)", maka jadilah ia".
An Nahl:40

Dan tiadalah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan yang serupa dengan itu? Benar, Dia berkuasa. Dan Dialah Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya : "Jadilah! maka jadilah ia". Maha Suci Allah yang di tanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan."
Surah Yassin : 81-83




Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.


Al An'aam:73


Dia-lah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya bekata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".


Al Mu'min:68


Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia".


Maryam:35


Maryam berkata: "Ya Tuhanku, betapa mungkin aku mempunyai anak, padahal aku belum pernah disentuh oleh seorang laki-lakipun." Allah berfirman (dengan perantaraan Jibril): "Demikianlah Allah menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Apabila Allah berkehendak menetapkan sesuatu, maka Allah hanya cukup berkata kepadanya: "Jadilah", lalu jadilah dia.


Ali 'Imran:47


Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi AllAh, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya:"Jadilah", maka jadilah dia.

Ali 'Imran:59


Ayat yang jelas dalam firman Allah SWT ini adalah sebagai peringatan kepada kita  agar jangan melakukan sebarangan, jangan meragui, bongkak dan tinggi hati, melakukan perkara kurafat kerana Dia boleh berkehendak apa sahaja, pada masaNya dan di mana saja. Maha suci Allah Berkuasa atas segalanya. 

Jangan runsing apabila dalam musibah. Jangan bongkak apabila dalam kejayaan. Dia yang merencanakan segala-galaNya. Yakinlah Allah SWT mendengar rintihan hati hambaNya. Perbetulkan nawaitu kita, berusaha, berdoa dan bertawakal. Amalan kita di dunia ini adalah untuk bekalan di hari akhirat.