Rukun Iman ada 6 perkara :
1. Beriman Kepada Allah swt.
Beriman kepada
Allah s.w.t merupakan Rukun Iman yang pertama, yang menjadi dasar keimanan
seseorang itu. Beriman kepada Allah s.w.t beerti wajib mempercayai Allah s.w.t
itu ada, Ia Maha Berkuasa, Maha Mencipat dan Maha Mengetahui segala apa yang ada
di langit, di udara, di muka bumi dan juga di lautan. Dia adalah Maha Esa, yakni
tunggal dan tidak menyerupai dan tidak diserupai oleh sesuatu.
Seperti
firman-Nya yang bermaksud :
"Katakanlah
wahai Muhammad, bahawa Allah itu satu. Allah tempat segala makhluk bergantung.
Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak sesiapapun yang
setara atau seumpama dengan Allah."
(Surah al-Ikhlas
1 - 4)
2. Beriman Kepada Nabi dan Rasul.
Beriman kepada
malaikat bererti wajib bagi setiap orang Islam mengetahui bahawa malaikat adalah
makhluk yang Allah s.w.t jadikan daripada cahaya dan boleh berupa berbagai
bentuk, tidak bersifat seperti sifat manusia. Malaikat juga menjalankan perintah
Allah s.w.t dengan taat dan patuh. Jumlah malaikat adalah terlalu banyak dan
kita sebagai umat Islam wajib mengetahui 10 daripadanya.
- Jibril - Menyampaikan wahyu
- Raqib - Mencatat amalan keburukan
- Atib - Mencatat amalan kebaikan
- Izrael - Mengambil nyawa
- Mikael - Menurunkan rezeki
- Israfil - Meniup sangkakala
- Mungkar - Menyoal orang mati
- Nankir - Menyoal orang mati
- Malik - Menjaga neraka
- Ridzuan - Menjaga syurga
3. Beriman Kepada Rasul
Bagi orang Islam wajiblah yakin
dan percaya bahawa Allah s.w.t telah mengutuskan para Rasul dan Nabi kepada
manusia di dunia ini bagi menunjukkan jalan ke arah kebenaran dan kebahagian di
dunia dan di akhirat. Jumlah Nabi dan Rasul yang wajib diketahui adalah seramai
25 orang.
1. Adam as 2. Idris as 3. Nuh as 4. Hud as 5. Shaleh as 6. Ibrahim as 7. Luth as 8. Ismail as
9. Ishaq as 10. Ya'kub as 11. Yusuf as 12. Ayyub as 13. Syu'ib as 14. Musa as 15. Harun as
16. Zulkifli as 17. Daud as 18. Sulaiman as 19. Ilyas as 20. Ilyasa as 21. Yunus as 22. Zakaria as
23. Yahya as 24. Isa as 25. Muhammad saw
Nabi Dan Rasul Ulul 'Azmi adalah nabi dan rasul yang banyak mendapat musibah/ujian dari Allah swt dan mereka tetap bersabar menghadapinya. Nabi dan Rasul Ulul'azmi ada 5 iaitu : Nabi Nuh as, Nabi Ibrahim as, Nabi Musa as, Nabi Isa as dan Nabi Muhammad saw.
4. Beriman Kepada Kitab
Beriman kepada
kitab Allah bererti kita wajib beriktikad dan yakin dengan sebenar-benarnya
bahawa sesungguhnya Allah s.w.t mempunya beberapa kitab suci yang merupakan
firman Allah s.w.t yang hakiki. Diturunkan melalui wahyu yang disampaikan
melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. Sejak Zaman Nabi Adam a.s sehinnga
kepada Nabi Muhammad s.a.w, jumlah kitab suci yang diturunkan adalah sebanyak
104 iaitu 100 buah suhuf dan 4 buah kitab suci.
Senarai kitab
dan penerimanya :
-
Taurat - Nabi Musa a.s
-
Zabur - Nabi Daud a.s
-
Injil - Nabi Isa a.s
-
Al-Quran - Nabi Muhammad
s.a.w
Nabi-nabi yang
menerima suhuf :
-
Nabi Syits - 50 suhuf
-
Nabi Idris - 30 suhuf
-
Nabi Ibrahim - 10 suhuf
-
Nabi Musa - 10 suhuf
Al-Quran
merupakan penutup segala kitab. Diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Tidak
akan ada lagi kitab suci lain selepas Al-Quran.
5. Beriman Kepada Hari Kiamat
Percaya kepada
hari akhirat ialah kita wajib beriktikad dan meyakini bahawa akan adanya hari
akhirat atau hari kiamat (pembalasan) di mana pada hari itu semua manusia akan
dibangunkan kembali di padang
Mahsyar untuk menerima hukuman berdasarkan segala amal perbuatan mereka semasa
mereka hidup di muka bumi Allah s.w.t ini.
Tanda-tanda
kecil akan kedatangan hari akhirat :
-
Sedikit orang alim dan
banyak orang jahil.
-
Perempuan lebih ramai
daripada lelaki.
-
Urusan agama ditakbir oleh
orang yang bukan ahli.
-
pelacuran dan maksiat
berlaku dengan meluas.
-
Minum arak dan benda yang
memabukkan menjadi kebanggaan.
-
Orang miskin menjadi kaya,
membina bangunan dan gedung tinggi mencakar langit.
-
Banyak berlaku gerak gempa.
Tanda-tanda
besar :
-
Keluar dajjal merosakkan
agama.
-
Keluar binatang yang
dipanggil Dabbatul Ard merosakkan manusia.
-
Keluar Yakjuj dan Makjuj.
-
Hilangnya al-Quran dari
mashafnya.
-
Terbit matahari dari
sebelah barat.
6. Beriman Kepada Qada dan Qadar
Beriman kepada
qada dan qadar disebut juga sebagai percaya kepada takdir. Iaitu seseorang itu
mesti yakin dan percaya bahawa segala yang berlaku dalam alam ini semuanya
ketentuan dan ketetapan Allah s.w.t.
Erti Qadar :
Ketentuan yang
mesti berlaku atas tiap-tiap makhluk, sesuai dengan batas-batas yang telah
ditentukan oleh Allah s.w.t sejak azali lagi sama ada yang baik atau buruk.
Qadar ada dua
jenis iaitu :
-
Berupa aturan atau
perjalanan alam ini.
-
Berupa untung nasib yang
menimpa manusia dan makhluk lain.
Erti Qada :
Ialah
pelaksanaan Allah s.w.t terhadap apa yang telah ditetapkan sejak azali lagi.
PERKARA YANG
MEMBATALKAN IMAN
-
Mensyirikkan Allah s.w.t,
iaitu menduakan Allah dengan yang lain serta bertawakkal dan bergantung kepada
yang lain selain daripada Allah s.w.t seperti menyembah berhala.
-
Menafikan segala nikmat
sama ada yang nampak atau tidak nampak adalah kurnian daripada Allah s.w.t
ataupun ciptaan Allah s.w.t.
-
Melakukan perbuatan yang
dilakukan dalam amalam keagamaan lain, yang bertentangan dengan ajaran Islam.
-
Mengubah hukum Allah s.w.t
iaitu, menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
-
Menolak atau mengubah al-Quran
dan hadis. Yakni tidak mahu beiman kepada Nas al-Quran dan sunnah ataupun
ingkar terhadap perintah Allah s.w.t dan menafikan kebenaran Islam.