Pages

Friday 3 August 2012

Fadhilat dan Khasiat Surah Al-Ikhlas

Kalau ditinjau dari urutan surah-surah dalam Al-Quran, surah Al-Ikhlas jatuh pada urutan yang ke 112. Maksud surah ini ialah "tauhid sebersih-bersihnya". Surah ini mempunyai banyak rahsia dan khasiat yang banyak yang perlu anda ketahui supaya dapat anda amalkan.

Menurut sebuah hadis Nabi saw bahawa orang yang membaca surah Al-Ikhlas sekali sama pahalanya dengan membaca sepertiga Al-Quran.

Surah ini lebih menjurus untuk memperkatakan iman dan tauhid kepada Allah swt. Keistimewaannya ialah kerana ia memperkatakan perkara yang besar dan agung. Apakah ada yang lebih besar dan penting dari memperkatakan keesaan dan kebesaran Allah.?










Ertinya : "Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad), Allah adalah esa. Allah tempat meminta. Tidak beranak dan tidak diperanakkan. Dia tidak ada sekutu walau seorang(sesuatu) apapun.



Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, yang ertinya :"Siapa yang membaca Surah Al-Ikhlas sekali seolah-olah ia telah membaca sepertiga daripada Al-Quran. Dan siapa yang membacanya 2 kali seolah-olah ia telah membaca dua pertiga daripada Al-Quran. Dan siapa yang membacanya 3 kali seolah-olah telah membaca seluruh Al-Quran. Dan sesiapa yang membacanya 11 kali, Allah akan membina mahligai baginya di dalam syurga yang diperbuat daripada yaqut yang merah."

Manakala menurut hadis yang lain yang diriwayatkan menerusi Aisyah r.a, katanya : " Janganlah kamu tidur sebelum melakukan empat perkara : yakni mengkhatam Al-Quran, menjadikan para Nabi sebagai penolong kamu pada hari kiamat, membuat umat Islam suka kepada kamu dan mengerjakan ibadah haji dan umrah." Sebaik sahaja Nabi SAW selesai mengatakan yang demikian, baginda terus masuk sedangkan Aisyah masih berada di tempat tidur sehingga Nabi SAW menyelesaikan sembahyang. Susudah selesai sembahyang, Aisyah segera bertanya, "Ya Rasulullah, mengapa engkau menyuruh mengamalkan empat perkara sedangkan aku tidak sanggup melakukannya pada masa yang singkat seperti itu?" Baginda tersenyum lalu berkata : "Jika engkau membaca surah Al-Ikhlas 3 kali, maka samalah halnya dengan mengkhatam Al-Quran; Jika engkau berselawat kepadaku dan kepada para nabi sebelumku, samalah dengan menjadikan kami syafaat bagimu pada hari kiamat nanti; dan jika engkau meminta ampun bagi orang-orang yang beriman seluruhnya, samalah engkau dengan menjadikan mereka suka kepadamu; Dan jika engkau berzikir dengan zikir : Subbahallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah, Wallahuakhbar bermakna engkau telah mengerjakan ibadah haji dan umrah.

Diriwayatkan pula dari Ali bin Abi Talib kw, katanya ; "Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas 10 kali selepas solat Subuh, maka ia tidak akan tergelincir, sekalipun syaitan memperdayakannya dengan sungguh-sungguh."

Sebuah hadis yang diriwayatkan menerusi Ibnu Abbas r.a katanya ; "Aku takut terhadap seksa yang menimpa umatku di siang dan malam hari. Selepas itu malaikat Jibrail datang kepadaku membawa surah Al-Ikhlas. Lalu aku pun tahu dan tidak terlalu khuatir lagi bahawa Allah SWT tidak akan menyiksa umatku, sesudah surah ini diturunkan, sebab ia dibangsakan kepada Allah SWT. Sesiapa yang terbiasa membaca surah ini secara wirid (istiqamah)maka ia mendapat kebaikan yang banyak dari langit, maka tenteramlah jiwanya kerana rahmat sentiasa mengelilinginya. Orang yang membacanya akan diampunkan Allah dosanya, dan Dia tidak akan menyiksa orang itu lagi, dan setiap permohonan hamba kepada Allah pasti akan dikabulkannya sejak saat itu."

Wallahu'alam bishowab..

0 comments:

Post a Comment